Jumat, 23 April 2010

* Laman Utama
* Mantiq
* Ulum Hadis

* Posts RSS
* Comments RSS
* Log In

Look To The Future

Subhanallah
Subhanallah
Indahnya ciptaan Allah yang Maha Esa
Alhamdulillah
Alhamdulillah
Kalimah syukur di lubuk hati terluah indah di hujung alsinah
Allahu Akbar
Allahu Akbar
Tinta buat mengenal Allah Pencipta Alam Semesta
Laa'ilaaha illa Allah
Laa\
Indahnya dunia dengan sinar Islam yang bergemerlapan
Hadis Dhaif Disebabkan Sanad Yang Terputus
In Ulum Hadis
Selasa, 2009 Disember 01
Hadis-hadis menjadi dhoif kerana kehilangan satu daripada syarat-syarat sohih atau lebih. Oleh kerana itu, pembahagian hadis boleh dibuat berdasarkan kepada kehilangan setiap satu daripada 5 syarat yang ditetapkan oleh para ulama’ hadis.

Salah satu syarat untuk menjadikan satu-satu hadis itu sohih adalah sanadnya mestilah tidak terputus dan bersambung daripada orang yang terakhir meriwayatkan hadis tersebut sehinggalah sampai kepada Rasulullah. Mana-mana hadis yang terputus atau jatuh sanadnya adalah hadis dhoif.


Berdasarkan kepada kisah yang saya dalam entri Pengenalan Sanad, gambaran mengenai sanad yang terputus adalah seperti berikut:

Ibu Wirna mengatakan bahwa dia mendengar kisah tersebut daripada Wirna, dan Wirna memberitahu bahawa abangnya Amirul yang menceritakan peristiwa tersebut kepadanya, dan Amirul berkata dia mendengar daripada kawannya Ahmad.

Ini adalah contoh ringkas yang saya reka. ia menunjukkan seorang daripada watak yang terlibat telah terjatuh atau tercicir atau telah terpadam. Watak tersebut adalah Mawi yang terletak di antara Ahmad dan Amirul. Oleh sebab itu, sanad berkenaan tidak bersambung dan perkara sedemikianlah yang berlaku pada sanad hadis Rasulullah S.A.W yang menyebabkan hadis berkenaan menjadi dhoif.

Sanad Terputus Secara Jelas

Jikalau sanad yang terputus itu berlaku secara jelas, maka ulama' membahagikan keadaan tersebut kepada 4 jenis hadis seperti mana berikut:

1. Mu’allaq معلق
2. Munqhoti’ منقطع
3. Mu’dhol معضل
4. Mursal مرسل

Rantaian sanad yang terputus boleh berlaku melibatkan sanad yang berada di permulaan sanad atau di pertengahannya atau di akhirnya.

1. Jika sanad yang jatuh itu di permulaan rantaian sanad (tanpa mengambil kira bilangan sanad yang jatuh, samada 1 atau 2 atau lebih, sehinggakan semua sanadnya jatuh), maka ia adalah mu’allaq.

2. Jika sanad yang jatuh itu di akhir rantaian sanad, maka ia adalah mursal.

3. Jika sanad yang jatuh itu di pertengahan rantaian sanad walau pun berbilang tempatnya, dan hanya 1 sahaja sanad yang jatuh pada setiap tempat serta tidak berturut-turut, maka ia adalah munqoti’.

4. Jika sanad yang jatuh itu di pertengahan rantaian sanad walau pun berbilang tempatnya, dan pada setiap tempat jatuh sebanyak 2 sanad atau lebih secara berturut-turut maka ia adalah mu’dhol.

Kesemua jenis dhoif yang disebutkan di atas adalah jelas diketahui bahawa sanadnya telah jatuh, ini bermakna, secara terang-terangan ia menunjukkan bahawa terdapat sanad yang telah tercicir dan sanad yang jatuh itu tidak tersembunyi daripada pengetahuan orang-orang yang mengaji dan mendalami ilmu hadis.

Sanad Terputus Secara Tersembunyi.

Walau bagaimana pun terdapat juga di sana, hadis dhoif yang mana sanadnya jatuh secara tersembunyi sehingga menyebabkan ahli hadis tidak menyedari bahawa telah ada sanadnya yang jatuh. Ini menyebabkan tanggapan mereka pada awalnya ia adalah sebuah hadis yang sohih. Namun setelah mereka membuat penelitian serta kajian yang mendalam terhadap hadis berkenaan, barulah mereka mendapati bahawa hadis tersebut sebenarnya dhoif kerana terputus sanadnya yang pada mulanya tidak tidak disedari.

Hadis dhoif daripada jenis ini ada 2:

1. Mursal Khofi مرسل خفي (mursal yang tersembunyi)
2. Tadlis تدليس

Sanad hadis yang bersambung digambarkan melalui konsep setiap periwayat merupakan orang yang mendengar sendiri hadis daripada gurunya secara talaqi, berjumpa serta bertentang mata. Maka amat penting untuk para pengkaji hadis mengetahui sejarah hidup periwayat, bilakah tarikh lahirnya, tarikh wafatnya, tempat tinggalnya, ke mana para perawi merantau dan temat persinggahannya di sepanjang perjalanannya dan lain-lain. Itu semua adalah untuk memastikan bahawa setiap periwayat dalam rantaian sesuatu sanad hadis benar-benar bertemu dan mendengar hadis di antara mereka. Dan yang pasti adalah untuk mendengar hadis daripada seorang ahli hadis dan bertemu dengannya, seseorang itu perlu hidup sezaman dengannya.

Keadaan inilah yang menjadi punca kepada kekeliruan dalam kedua-dua jenis hadis ini. Keadaan ini juga telah dijadikan peluang oleh sebahagian orang untuk melakukan hadis yang tadlis dan mursal. Saya ingin membawa pembaca untuk kita lihat bagaimana hadis boleh menjadi sedemikian.

1.0 Mursal Khofi

Hadis menjadi mursal khofi dalam beberapa keadaan:

Keadaan Pertama:

1 orang periwayat hadis menyatakan bahawa dia mengambil hadis daripada seorang periwayat yang hidup sezaman dengannya, sedangkan dia tidak pernah berjumpa dan tidak pernah mendengar hadis antara satu sama lain.

Keadaan kedua:

# Sanad terputus disebabkan oleh 2 orang periwayat yang hidup sezaman dan pernah berjumpa antara satu sama lain, namun tidak berlaku periwayatan hadis di antara mereka.

# Maka periwayat yang melakukan mursal khafi ini menyatakan bahawa hadis ini didengar daripada rakannya yang telah dia jumpai.

Keadaan ketiga:

# Apabila seorang periwayat itu berguru dengan seorang Sheikh dan telah mendengar (mengambil) banyak hadis daripada sheikh tersebut.

# Dalam keadaan ini, hadis akan menjadi mursal khofi jika periwayat tersebut mengatakan aku mendengar satu hadis ini dan ini, sedangkan hadis yang dinyatakan tersebut sebenarnya bukan didengarinya daripada sheikhnya, tetapi diperolehinya daripada sumber lain.

# Maka sangkaan pendengar bahawa sanad hadis periwayat tersebut bersambung kepada sheikhnya adalah kuat kerana periwayat tersebut sememangnya ada mengambil hadis daripada sheikh, bahkan menjadi anak murid sheikh tersebut.

* Keadaan 2 dan 3 menunjukkan hadis seolah-olah kelihatan bersambung sanad pada mulanya dan tidak disedari bahawa terdapat lompong pada sanadnya kerana periwayat yang melakukan mursal khafi mengatakan dia mendengar hadis berkenaan daripada periwayat yang hidup sezaman dengannya. Oleh itu, orang boleh menyangka kata-katanya adalah benar kerana kemungkinan untuk dia mendengar hadis daripada orang yang sezaman dengannya adalah besar. Namun keadaan sebenarnya adalah sebaliknya kerana:

# Dia tidak pernah pun berjumpa dengannya apatah lagi mendengar,
# Atau mereka telah berjumpa tetapi tidak pun mendengar hadis daripadanya.

Percanggahan pendapat ulama dalam Mursal Khafi:

1. Ulamat bersepakat bahawa keadaan pertama adalah Mursal Khafi.

2. Walau bagaimanapun terdapat sedikit perbezaan di kalangan ulama mengenai keadaan 2 dan 3 kerana ada yang mengatakan bahawa ia bukan mursal khafi, tetapi ia adalah salah satu bentuk Tadlis.

2.0 Hadis Mudallas

Begitu juga hadis dhoif akan menjadi mudallas مدلس (hadis yang di’tadlis’) jika jatuh salah satu sanadnya (1 sahaja) dan sebagai gambaran, saya perkenalkan 2 watak sebagai contoh:

1. Pak Mat: orang yang meriwayatkan hadis secara tadlis.
2. Abu: orang yang meriwayatkan hadis kepada Pak Mat. Berperanan sebagai guru kepada Pak Mat, dan Pak Mat mengambil hadis daripada gurunya, Abu.

Sedia maklum bahawa Pak Mat hidup sezaman dengan Abu iaitu orang yang meriwayatkan hadis kepada Pak Mat, dan diketahui juga bahawa mereka berdua, Pak Mat dan Abu ini telah berjumpa antara satu sama lain. Maka Pak Mat pun mengatakan bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abu sedangkan dalam keadaan sebenar hadis tersebut bukanlah diambil daripada Abu, tetapi daripada gurunya yang lain.

Oleh kerana itu, orang akan menyangka hadis ini bersambung sanadnya kerana Pak Mat mengatakan bahawa dirinya mendengar sendiri daripada gurunya. Hadis sebegini jikalau tiada penilitian yang mendalam, pasti orang akan mengatakan ianya sohih sedangkan sebenarnya ia adalah dhoif. Walau bagaimanapun, bukanlah bermakna hadis yang mudallas, perawinya adalah pembohong, boleh jadi perawinya terkeliru ketika menyampaikan hadis tersebut.

Terdapat beberapa bentuk pentadlisan hadis dan ini adalah salah satu daripadanya.
You might also like:
Hadis Munqati'
Pengenalan Sanad & Pembahagian Hadis Dhoif
Hadis Sahih
LinkWithin
Ditulis oleh Khairul Anwar Bin Isnin pada 03:56
Respon
Label: Ulum Hadis
Related Posts:

* Hadis Hasan
* Ilmu-ilmu asas untuk mempelajari Isnad
* Hadis Sahih
* Hadis Munqati'
* Hadis Mu'allaq
* Mursal Khafi
* Hadis Dhaif Disebabkan Sanad Yang Terputus
* Beza antara sohih lizatih dan hasan lizatih
* Pembahagian hadis sahih dan hasan
* Periwayat yang Majhul

0 Komen:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)
Blog Widget by LinkWithin
Pengenalan Diri
Foto Saya

Khairul Anwar Bin Isnin
Kelahiran Segamat Johor. Sedang menuntut di Tahun Empat Kuliah Usuluddin dan Dakwah, Syu'bah Hadis, Universiti Al-Azhar Al-Syariff, Tanta. Lepasan Madrasah Darul Ulum, Muar dan Maahad Johor, Johor Bahru.

Lihat profil lengkap saya
Facebook Badge
Khairul Anwar Isnin | Create Your Badge
Kategori

* Kuliah (2)
* Mantiq (2)
* Tazkirah (2)
* Ulum Hadis (15)

Bunyi-bunyi mereka...
Subscribe To
Catatan
Atom
Catatan
Ulasan
Atom
Ulasan

Ronda Dunia
Bukti Kewujudan Allah ada di mana sahaja.
Lihatlah alam semesta, nescaya engkau akan mendapati kebesaran-Nya.
Lihatlah kejadian manusia, nescaya engkau akan mendapati keagungan-Nya.
Ziarah

Web Page Hit Counter
Followers
Tautan Rahmat
Saifulislam.Com

* Memperkenalkan Pasukan STC
* Perkahwinan Jarak Jauh: Bual Pagi di FB

edpmt.org

* Fitnah Khairi Jalalluddin (KJ) kepada Pengerusi DPMT
* Direktori Badan Pengurus & AJKT HEWI PMRAM 2010

Episode Sebuah Perjuangan

* Siasah Kita di Hulu Selangor
* Malaysia membelakangkan Mufti

Malaysiakini

* Nik Aziz dilarang berceramah di masjid Hulu S'gor
* Tiada sebab warga Felda tolak BN

Utusan Online - Bicara Agama

* Program Insan Cemerlang Perkim -

Trafik Jaringan Tanpa Sempadan
Live Traffic Feed
See your face here: Sign in with Twitter or Facebook.
Jakarta, Jakarta Raya arrived from google.com on "Look To The Future: Hadis Dhaif Disebabkan Sanad Yang Terputus" 0 secs ago.
Petaling Jaya, Kuala Lumpur arrived from penuliscyber.blogspot.com on "Look To The Future" 5 hours 34 mins ago.
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com on "Look To The Future: Syukbah Hadis Universiti al-Azhar, Tanta" 11 hours 29 mins ago.
Norway arrived from nur-cahaya87.blogspot.com on "Look To The Future" 11 hours 46 mins ago.
Egypt arrived on "Look To The Future" 14 hours 51 mins ago.
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from facebook.com on "Look To The Future" 21 hours 27 mins ago.
Cairo, Al Qahirah arrived on "Look To The Future" 1 day 8 hours ago.
Gizeh, Al Jizah arrived from nur-cahaya87.blogspot.com on "Look To The Future" 1 day 11 hours ago.
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "Look To The Future: Pembahagian Khabar atau Hadis Nabawi" 2 days 14 hours ago.
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan arrived from google.com.my on "Look To The Future: Syukbah Hadis Universiti al-Azhar, Tanta" 2 days 14 hours ago.
Live Traffic Feed Menu
[Click to Get Live Traffic for your Blog or Website]
Arkib
Daftar Pemilih
Free counter and web stats Click here


2009 ·Look To The Future by TNB

PostsComments

Tidak ada komentar:

Posting Komentar