Selasa, 23 Maret 2010

sts • Page 1 of 1
Ayat Terakhir

Postby mlar on Mon Apr 12, 2004 8:54 am
Assalamualaikum.

Ada beberapa pendapat mengenai ayat yang terakhir antaranya:-

1. Surah al-Maidah ayat 3
2. Surah al-Baqarah ayat 281
3. Surah al-Baqarah ayat 278-280
4. Surah al-Baqarah ayat 282

Boleh beri sedikit perbahasan ayat mana adalah yang terakhir?

Sekian. Terima kasih.

mlar
Ahli Berdaftar
Ahli Berdaftar

Posts: 48
Joined: Fri Aug 01, 2003 10:09 am

Top

Postby z@yed on Mon Apr 12, 2004 11:08 am
Salam,

Terdapat perbezaan ulamak tentang ayat terakhir yg turun. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah dlm kitabnya Raf’ul Malam, berkata bahawa perbezaan pendapat di kalangan ulamak berlaku kerana tidak semua maklumat yg mereka perolehi dan mereka berijtihad berdasarkan maklumat yg diperolehi.

Misalnya, terdapat dlm sahih bukhari dan muslim menyebut bahawa ayat terakhir yg diturunkan surah al-nisaa’ ayat 93.

‏حدثنا ‏ ‏عبيد الله بن معاذ العنبري ‏ ‏حدثنا ‏ ‏أبي ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏عن ‏ ‏المغيرة بن النعمان ‏ ‏عن ‏ ‏سعيد بن جبير ‏ ‏قال
‏اختلف أهل ‏ ‏الكوفة ‏ ‏في هذه الآية ‏
‏ومن يقتل مؤمنا متعمدا فجزاؤه جهنم ‏
‏فرحلت ‏ ‏إلى ‏ ‏ابن عباس ‏ ‏فسألته عنها فقال لقد ‏ ‏أنزلت آخر ما أنزل ثم ‏ ‏ما نسخها ‏ ‏شيء ‏
‏و حدثنا ‏ ‏محمد بن المثنى ‏ ‏وابن بشار ‏ ‏قالا حدثنا ‏ ‏محمد بن جعفر ‏ ‏ح ‏ ‏و حدثنا ‏ ‏إسحق بن إبراهيم ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏النضر ‏ ‏قالا ‏ ‏جميعا ‏ ‏حدثنا ‏ ‏شعبة ‏ ‏بهذا الإسناد في حديث ‏ ‏ابن جعفر ‏ ‏نزلت في آخر ما أنزل ‏ ‏وفي حديث ‏ ‏النضر ‏ ‏إنها لمن آخر ما أنزلت

Dari Ibnu Abbas r.a: Diriwayatkan daripada Said bin Jubair r.a katanya: "Ahli Kufah telah berselisih pendapat tentang ayat وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ --Sesiapa yang membunuh seorang mukmin secara sengaja maka balasannya adalah Neraka Jahanam--. Lalu aku pergi menemui Ibnu Abbas dan bertanya mengenai ayat tersebut. Ibnu Abbas memberitahu Ayat tersebut merupakan ayat yang terakhir diturunkan, oleh itu tidak ada yang menasakhkannya." (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim)

Antara hadith lain yg menaqalkan tentang ayat terakhir yg turun.

‏ ‏حدثنا ‏ ‏علي بن خشرم ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏وكيع ‏ ‏عن ‏ ‏ابن أبي خالد ‏ ‏عن ‏ ‏أبي إسحق ‏ ‏عن ‏ ‏البراء ‏ ‏قال ‏
‏آخر آية أنزلت من القرآن ‏
‏يستفتونك قل الله يفتيكم في ‏ ‏الكلالة ‏

Dari Al-Bara' r.a katanya: "Ayat Al-Quran yang terakhir sekali diturunkan ialah ayat: يَسْتَفْتُونَكَ قُلِ اللَّهُ يُفْتِيكُمْ فِي الْكَلَالَةِ -- Mereka meminta fatwa kepadamu tentang ayat kalalah--" (Hadith riwayat Muslim)

Surah al-Maidah ayat 3 turun di Arafah pada saat Rasul melaksanakn haji wadâ' pada tahun sepuluh, sementara beliau wafat pada awal tahun sebelas [11 H.]. Ibnu Jarîr ath-Thabari mencatitkan bahawa Rasulullâh S.A.W wafat setelah lapan puluh satu hari dari hari Arafah [waktu di mana Surah al-maidah ayat 3 turun].

Ayat ini disangkakan oleh kebanyakan umat islam bahawa ia adalah ayat terakhir yg turun kerana kandungan menceritakan bahawa sempurnanya Islam kmdn disertai dgn sangkaan yang salah bahawa Nabi Muhammad S.A.W tidak lagi mendapat wahyu Al-quran.

Berkenaan dgn Surah Al-Baqarah ayat 281, ia diriwayatkan oleh Imam An-Nasa’ie, Ibn Jarir, Ibn Marwadawaih dan Ibn Abi Hatim yg jauh lebih mendekati kebenaran. Namun demikian, terdapat riwayat yg lebih kuat iaitu Dari Ibn Abbas (Bukhari) dan Umar (Al-Baihaqi, Ahmad, Ibn Majah dan Ibn Marwadawaih) bahawa ayat terakhir yg turun adalah ayat riba (Al-Baqarah ayat 278-280). Riwayat lain juga menyebut bahawa ayat terakhir adalah ayat dayn (hutang) surah al-baqarah ayat 282 (Bukhari dan Muslim)

Berdasarkan riwayat2 ini, pendapat yang paling kuat adalah yang menyatakan bahwa ayat terakhir adalah Surah al-Baqarah ayat 278-282. (Kamal, Ahmad 'Adil: 'Ulum al-Qur'an, ms 18)

Imam As-suyuti berkata tentang bahawa Surah Al-Maidah ayat 3 hanya merupakan indikasi bahawa persoalan hukum, halal dan haram sudah sempurna. Manakala, sesudahnya itu ayat2 diturunkan bukan merupakan persoalan hukum hakam atau halal dan haram tetapi merupakan peringatan2. (Mabahith Fi Ulumil Quran, Manna Khalil Al-Qattan; At-Tibyan, Muhammad Ali As-Sabuni,)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar